Your shopping cart is empty!
Kereta Kawalan Jauh (5 Set) - Projek RBT SK Tahun 6
- Brands Kit by Cytron Code: KIT-RBT6-5RC
Note: This project kit is designed based on Malaysia Primary School Standard 6 RBT textbook and it is in Bahasa Malaysia, so the description is in Bahasa Malaysia too.
Note: Ordering in bulk for School? We accept PO/LO too, talk to us here.
Nota: Kit ini didatangkan dengan komponen-komponen yang belum dipasang, sila rujuk kepada buku panduan atau video di atas untuk pemasangan.
Ini adalah satu kit pembelajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik). Kit ini adalah berdasarkan Projek Kereta Kawalan Jauh yang merupakan salah satu projek dalam subjek Reka Bentuk Teknologi Tahun 6. Kit ini mengandungi kesemua komponen-komponen elektronik, elektrik dan mekanikal yang diperlukan untuk para pelajar mula membina Kereta Kawalan Jauh bagi menyempurnakan silibus Aplikasi Reka Bentuk Teknologi Kejuruteraan (Unit 1).
Yang paling menarik, kit ini juga didatangkan dengan sebuah Buku Panduan Kit RBT Tahun 6 untuk rujukan para guru dan juga pelajar. Buku Kereta Kawalan Jauh ini adalah hasil karya En. Abdul Rahim bin Kasiman dengan kerjasama Cytron Technologies. Panduan lengkap dan berwarna tentang sambungan komponen elektrik, elektronik dan mekanikal akan membantu anda membina Projek Kereta Kawalan Jauh tanpa perlu bersusah payah!
Aplikasi Reka Bentuk Teknologi Kejuruteraan (Unit 1) Tahun 6 menfokuskan konsep elektromekanikal. Jadi, apakah kaitan antara konsep elektromekanikal dan kereta kawalan jauh? Buku panduan ini juga menyediakan penerangan yang ringkas dan jelas tentang konsep elektromekanikal bagi memudahkan para pelajar faham di samping menyiapkan kereta kawalan jauh ini.
Rangka kereta kawalan jauh ini berasaskan kayu yang menjadikan ia lebih tahan lasak dan tahan lama, sesuai untuk para pelajar bermain sambil belajar. Pemasangan juga agak mudah kerana setiap bahagian papan hanya perlu dimasukkan ke lubang sedia ada tanpa perlu menggunakan sebarang gam kayu.
Di penghujung buku panduan juga disediakan cara-cara membina badan kereta untuk menutup keseluruhan rangka kereta kawalan jauh tersebut. Anda boleh menggunakan barang-barang kitar semula untuk badan kereta seperti kotak atau kadbod. Di sini lah idea-idea kreatif para pelajar dapat dipersembahkan!
Selain itu, anda juga boleh merujuk kepada video yang sangat membantu dari Cikgu Zulfariz Abdul Majid:
Kalau anda suka, boleh juga melanggan saluran YouTube Cikgu Zulfariz Abdul Majid di sini.